Saturday, 3 March 2012

Semester 2

Assalamualaikum.
Hello peeps (:

Hai guys! Lama sangat dah aku tinggalkan laman blog ni :( Sedihhh. Kalau nak tau, hari ni sebenarnya aku ada Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar (LPPKP). Tiap tiap semester of course ada benda ni. Tak boleh lari. Bebudak UiTM semua tau tu kan, hee :D

Aku semester 2, dah tentu tentu kena buat Modul 2. Modul 2 ni tajuk dia pasal komunikasi. Untuk hari pertama mesti la ada ceramah dulu kan. Macam biasa lah. Dengar ceramah dalam 2 jam. Lepas tu rehat, makan, solat, buat apa yang patut lah.



Time bosan dengar ceramah. HAHA



Borang penilaian penceramah. Macam biasa lah kan. Rutin wajib =.=





Dalam pukul 11 pagi (lebih kurang la), kitorang teruskan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1. Aktiviti pertama, semua orang mesti dapat agak dah. Sesi perkenalan diri. Benda tu takkan hilang punya lah. Harus buat :P Walaupun dah kenal dengan semua orang.


Tapi masa sesi perkenalan tu kitorang kena bagitahu nama, ambil kursus apa, asal dari mana, akhirrrr sekali pencapaian diri. Ayat dia lebih kurang macam ni, "Saya bangga sebab saya ...bla bla bla...". Ikut suka lah nak cakap pasal apa.


Bila dah habis semua tu, sir bagi kertas kosong dekat kitorang. Tugasnya, kena lukis muka sendiri besar besar atas kertas tu. Lepas tu bahagi kepada 2 bahagian, tulis pasal negetif dan positif diri kita sendiri. Memang aku tak dapat nak pikir la kan apa yang positif. Negatif pasti juara :P



Muka perempuan tu of course la muka aku. Takkan aku nak lukis muka aku jadi orang laki pulak =.=





Kat bawah ni antara assignment aku yang perlu aku buat. Plus dah siap. LOL




Cover novel aku sendiri ! :D Buat sepenuh hati aku. Novel ni kisah aku sebenarnya. Sebab tu cover novel ni aku boleh siap dalam masa yang dah ditentukan. Puas hati dapat buat :D





Insya-Allah masa cuti semester nanti aku nak sambung buat cerita novel ni. Agak agak ada orang nak beli ka novel aku ni? Haha. Doakan semoga novel aku ni siap. Amin :)



Bubye! :D

Sunday, 15 January 2012

2012

Assalamualaikum.
Hello peeps :D

Dah lama sangat aku tinggalkan blog ni =.= Ampunn. Aku agak sibuk dengan segala assignment aku. Sekarang ni aku lebih banyak tweet segala aktiviti yang aku selalu buat. Selalunya aku akan tweet segala drawing aku dekat twitter tu. Hee :D

Nak follow? Search ni : @aesyalee. Nama pelik pelik. HAHA. Tapi ada maksud lah :P Aku nak post segala kerja yang aku dah buat time dalam kelas dalal blog ni tak dapat la. Sebab aku rajin tweet ja semua tu. Then aku terus delete gambar tu. Hihi.

Almaklumlah, aku dah tukar pakai smartphone dah sekarang ni. Hihi *gelak sopan*. Hujung minggu patut aku dapat post entry, tapi aku macam tak ada mood nak update. Kalau sekali aku dah busy tu, segala benda aku malas nak buat.

Kalau datang hujung minggu pulak, aku dengan bebudak rumah aku akan keluar. Itu pun kalau semua rasa nak keluar, then ada fulus. So, kitorang akan sewa kereta, pastu keluar lah mana yang nak pergi. Hihi



I love you guys so much !




Gambar dekat atas ni masa kitorang pergi Dataran Nilai. Itu ja tempat yang terdekat dengan kolej aku =.= Aktiviti malam? Lepas lepak dataran, masing masing nak lepas tension, pergi karaoke. Haha. Punya la tak tau nak pergi mana, terus pergi Putrajaya.

Perut masing masing berbunyi, aku bawak diorang pergi makan dekat Kafe Malaya. Dekat Presint 15. Wuu, itu kali ke dua makan dekat situ (: Rinduuu masa first time datang situ. Hihi



Yang ni masa kitorang berhenti dekat jambatan Putrajaya (:




That's all for today. Oh ya, 19 Januari ni ada presentation final. Doakan semoga semunya berjalan dengan lancar okay (: Lot's of love.



Bubye (:

Friday, 16 December 2011

Presentation day.

Assalamualaikum.
Hello peeps (:

Dah lama sangat aku menyepi ni. Bersawang sangat sangat dah. Actually, hari ni hari presentation aku. Means petang tadi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun aku antara orang yang agak terawal kena panggil pegi present.

Mana taknya, nama aku kan mula dengan huruf 'A'. Dah confirm la nama aku dulu. Tugas yang aku dapat kali ni adalah PACKAGING (REDESIGN) TOYS. Apa yang dimaksudkan tu, aku kena reka balik packaging mainan yang buruk/tak kukuh or something like that la.

And aku telah pilih mainan SAHIBBA keluaran dari SPM Syarikat Permainan (Malaysia) Sdn. Bhd. Kalau tak tau mainan yang macam mana, boleh la research dekat google. Sebab aku pun cari dekat google ja :P



For sure presentation tadi semestinyalah dalam bahasa Inggeris. We must speaking in English -____-" Sampai tahap lecturer tanya soalan dekat aku dalam English, tapi aku nak jawab dalam English jugak tak boleh. Sebab aku tak tau nak translate macam mana. Terpaksa cakap BM. Haha :P

Padahal time awal awal present tu speaking habis :P Takda la speaking habis, tapi at least aku takda berbahasa Melayu awal awal tu. Tapi last last aku pancit. Haha


Thanks jugak buat sir yang ada membantu aku dalam presentation tadi. Disebabkan dia faham apa yang aku cuba ubah pasal packaging tu, dia tolong tunjuk demo. Sebab mainannya aku tak beli pun. Nanti baru nak beli.


Thats all for today (: Thanks for reading!
Bubye :D