Tuesday, 19 April 2011

Temuduga Senilukis & Senireka di UiTM Kedah.

Assalamualaikum.
Hello peeps (:

Hah, sudah lama tak mengupdatekan blog. Aku jugak tak bagitahu yang hari tu aku dapat temuduga untuk Diploma Senilukis & Senireka. I'm sorry, i'm sorry, i'm sorry ! Hee :p Aku dah pergi la temuduga tu. Temuduga tu hari ahad yang baru lepas ni, 17 April 2011.

Aku dapat temuguda tu sesi pagi. Pukul 8.30 pagi dah kena ada dekat sana. Pukul 8.15 pagi macam tu baru sampai dekat UiTM Merbok, Kedah :D Pergi dengan kakak tersayang aku jaa. Hee.

Dah sampai sana, aku kena masuk sorang sorang dekat fakulti tu. Huu~ kakak aku takmau ikut. Wahaha. Kejam :p Tinggal aisyah sorang sorang pulak. Dah tau aisyah takot time tu :p Tapi tak apa. Aku buat macam tak ada apa. Dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan aku waktu tu.

Masa sampai tu, aku tengok tak berapa ramai sangat. Lecturer yang tengah bagi taklimat tu pun ada cakap yang dia tengok macam ramai yang tak sampai lagi. Dalam berapa minit lepas tu, lecturer suruh pergi check nama masing masing dekat board depan tu nak tengok kita dapat panel mana. Sama ada panel 1 atau 2 atau 3 atau 4.

Aku check nama aku, AISYAH BINTI ALI lepas tu ada la lagi number I/C segala bagai, aku kena panel 3. Huu~ tak apa lah. Pergi masuk bilik panel 3 tu. Woah, aku tak tau nak duduk dekat mana. Aku ikut budak perempuan yang ada dekat depan aku ja time tu. haha.

Duduk ja lah sebelah dia. Sementara tunggu yang lain masuk, tiba tiba ada sorang laki masuk. Sekali pandang muka dia, aku terus jerit, "hisyam" ! HAHA. Nasib baik sempat jugak cover suara time tu. Dah la dalam bilik tu senyap sunyi ja. Semua orang dok layan perasaan masing masing. HAHA :p

Hisyam tu kawan satu sekolah dengan aku. Tak sangka pulak yang dia pun ada apply course yang sama dengan aku ni. Huu~ Dia duduk bertentangan dengan aku. Sembang dengan dia macam sembang dengan orang bisu. Wahaha. Bukak mulut ja, tapi tak ada suara :p Segan nak cakap kuat kuat.

Haihh. Lecturer dekat situ semua muda mudaaa~ Boleh dikatakan kategori HENSEM. haha ! Patutlah kawan aku yang pergi sebelum tu pun cakap boleh cuci mata masa interview ni. Aku ingat dia ni saja saja. Rupanya betul ! Semua jambu jambu :p Student dekat situ pun samaa. Lecturer dengan student semua STYLO. (alamak, agak agak nanti depa baca dak? =,=) Minta maaf nohh kalau tak suka ka apa. Nanti tak pasal pasal aku kena reject dari masuk UiTM :( Huu~ jangan lah.

Okay, back to the topic. Dah masuk bilik tu, pilih tempat, dekat depan tu depa ada letak kain yang ikat dari atas (berjuraian sampai ke bawah la), ada bola besar warna biru, ada bola kecik yang budak budak punya, dengan kon yang warna oren tu.

Ya Allah, aku dah la tak berapa nak mahir bab bab melukis benda yang ada depan mata aku. Suruh aku shoot gambar, aku pandai la. HAHA :p Lepas tu masuk la sorang lecturer muda ni. Nama dia arr, arr...... aku tak ingat sebenarnya walaupun dia dah introduce nama dia sebelum tu. HAHA :p

Dia ada bagi la taklimat sikit nak kena buat apa. Masa untuk lukis tu, 1 jam ja. Aku macam alamak, aku cukup masa ka tak ni ha? 1 jam ja? =,= Aku pun lukis ja la setakat mana yang aku mampu. Lepas tu ada satu lagi ujian, UJIAN KREATIVITI namanya. Bab ni, aku malas nak cerita. Sebab aku tak ada idea langsung. Dan aku tak tau apa yang aku dah buat sebenarnya. HAHA

Dah siap semua, kena pergi bilik interview. Ni baru betul betul interview. Huu~ Mula mula tu aku agak cuak jugak laa. Rasa macam nak lari balik. HAHA. Tapi aku tak lari mana la. Aku stay dekat situ jugak sampai depa panggil masuk.

Masuk tu, aku kena interview semua dengan lecturer lelaki ja. Huu~ Agak agak aku ni yang pilih nak kena interview dengan lecturer laki ka macam mana? HAHA :p Kerja nak kacau aku ja lecturer sorang ni. Time ujian warna tu lah :

Lecturer : Okay, kamu nak nyanyi lagu apa?
AA : (baru nak duduk), (muka terkejut), Nyanyi?
Lecturer : Ha, nyanyi. Nak nyanyi lagu apa?
AA : Apa kaitan nyanyi dengan course yang saya nak ambil ni?
Lecturer : Ehh, banyakkk kaitan dia.
AA : Contohnya?
Lecturer : Ya laa. Nanti kamu nak kena present dalam kelas, kena cakap kan.
AA : apa kena mengena nak present dengan nyanyi pulak ni (dalam hati)
Lecturer : (senyum + gelak + tunjukkan kecomelan dia)

Bila aku ingat balik cara aku jawab soalan dia tu, aku rasa macam aku ni agak biadap. Aku pun tak pasti lah. Yang pasti, lecturer tu mungkin tak nak student yang datang temuduga ni rasa tension. Sebab tu dia bergurau senda dengan aku kot? HAHA :p

Dah lulus semua, pergi satu lagi meja. Destinasi terakhir. Ceeewah~ haha. Dekat meja last ni la aku nak tunjuk segala folio dengan portfolio aku tu. Lukisan aku macam mana? Huu~ tu part yang paling sedih kot untuk aku? haha. Mana taknya. Lukisan aku teruk. Confirm la dia terus terang dengan aku.

Tapi tak apa. Dengan adanya portfolio aku, insya-Allah aku akan dapat. Amin (: Sebabnya, mula mula dia ada tanya lepas tengok lukisan aku tu :

Lecturer : Okay, kamu ada bawa apa?
AA : Saya ada bawa folio dengan portfolio (sambil letak depan dia)
Lecturer : (capai portfolio, tengok helaian pertama) Haa, ni dah ada sijil ni.
AA : (senyum)
Lecturer : Ni kamu ambil sendiri ka?
AA : Ya, saya.
Lecturer : Yang ni?? (sambil tunjuk gambar yang aku shoot dlm portfolio aku)
AA : Ya (senyum)
Lecturer : Hmm, aaaa kalau saya nak kamu ambil gambar guna cameraaa....... (sambil cari
kawan dia yg tengah shoot org temuduga yg guna DSLR)

Dia dah panggil kawan dia tu. Aku sendiri tak pasti dia ni lecturer jugak ka apa. Tapi dia ni orang course fotografi la. Aku label dia sebagai panel ja la :p Dia tengok portfolio aku.

Panel : Okay, kalau saya nak kamu ambil gambar guna camera ni boleh? (tunjuk camera Nikon)
AA : Boleh (dengan yakin) Tapi saya tak berapa pandai nak guna camera Nikon ni.

Aku pun pergi lah shoot apa yang dia mintak aku shoot. Dah bagi dekat dia, dia cakap okay. Alhamdulillah (: Lega hati aku masa tu. Then dia tanya aku macam macam soalan yang ada kaitan dengan fotografi ni. Alhamdulillah aku dapat jawab dengan betul dan yakin ! (:

Actually panjang lagi ni. Tapi aku tak sanggup nak tulis dah. HAHA. Belum tentu ada orang baca ni :p Portfolio aku aku letak apa? Okayy, aku letak segala apa yang aku dah shoot sebelum ni. Segala apa yang aku dah edit, dan dah upload masuk dalam FB aku.

Banyak sangat gambar, aku tak larat nak upload. Pandai pandai lah cari sendiri gambar mana yang aku dah edit dan dah publish (: Tengah letih sangat ni. Baru balik dari sekolah. Ada pertandingan sofbol dekat sekolah aku tadi. As usual, aku mesti nak pergi sokong (: Good luck untuk esok pulak ya ! :D

Okbai.

10 comments:

EB said...

Tak nak bg EB tngk ka?
Dah berjaya ke ni?
Klu dah Alhamdulillah..
X dpt pun Alhamdulillah sbb dpt pengalaman yg berharga mcm ni..
Tp EB rasa kmu dpt.. Hehhee..
Syukur..

Miss A. said...

Ala, sblm ni dah penah ltk la :p hihi. tak da masa nak upload sebenarnya :p
Dapat ke tak tu tak tahu lagi. Tgh menunggu jwapan (: Btw, THANK YOU ! :D

nananodniena said...

hiii assalam... wak sy confus la .. nk tnye nie... sy ad dpt tawaran dip seni lukis & seni reka (fesyen) tapi sy nie x reti la nk mlukis2 mmm.. tp t klu nk dtmu dge die soh mlukis... cm ne ek?? poneng2...

Aisyah Ali said...

Act, sy pun tak reti sgt bab bab melukis ni. HAHA. Itu sebab la kena kutuk dgn lecturer masa interview last tu.

Tp dah minat fesyen rasanya kena pandai melukis laa. apa pun, dpt interview tu mmg kena melukis jugak.

Anonymous said...

Folio tu yang sekolah punya tu ek ? Yg kerja khursus tu ? Then yg dalam portfolio tu, boleh letak gambar yg kita shoot instead of yang kita lukis ?
Boleh x reply dekt email saya ? Please ?
atyn.azmi@yahoo.com .
Saya dapat interview nih tapi mcm blur2 sikit nak bawak apa :(

Faiz Naqib -MuFfiN- said...

Saya ni bakal pelatih plkn giliran kedua atau ketiga, then kalau temuduga ni berlangsung waktu saya berada di kem plkn, so macam mana eh ?

yuya chan said...

boleh tak buat satu entry tentang course graphic design and digital media..mcm belajar apa,susah tak,maklumat2 yg penting..sbb sy minat course tu tapi x dpt informasi yg cukup..

yuya chan said...

boleh tak buat satu entry pasal course yg akak belajar..sbb sy minat tapi tak cukup informasi..

Haiqal Roslan said...

Kalau macam saya ni dah ada kerja kursus seni dan grafik. Bawak yg tu je kan? Tak perlu bawak macm awak tu? :)

ABA said...

Allahu. Minta maaf sangat. Sy dah tak active ber-blogging ni. Sekarang baru saya baca.

Maaf semua.